Tuesday, 26 December 2017

Malam

"mana kita nak pergi ni?"tanya susan.
"Kita pergi ke ibu kota,tampat yang boleh untuk bina hidup baru bersama"jawap tony.
Lalu mereka bergerak menaiki kereta dari kampung halaman menuju ke ibu kota.perjalanan yang jauh menguji mereka.
"Lama lagi ke nak sampai?"soal susan.
"Ada lah dalam 2 jam lagi".balas suaminya.
"Kenapa awak tak nak ikut highway kan lagi senang,ni dah lah malam menakutkan pulak tu"kata susan.
Alah highway kan banyak kena tol jalan pun jauh.ok lah ni ikut jalan dalam,bukan ada apa-apa pun malam-malam ni sayang".balasnya lagi.
Perjalanan mereka agak sunyi selama satu  jam tadi dan masih berbaki dua jam lagi menuju ke destinasi.perjalanan mereka terhenti seketika.
"Abang jom makan kat sini jela.."cadang susan.
"Ok abang tak kisah.."jawap tony.
Lalu mereka pun memesan makanan dan cari tempat untuk duduk sambil menunggu makanan yang di pesan.lalu isterinya memula cerita.
"Abang,betul keabang sayang kan saya?"soal susan.
"Mesti lah,kalau tak kenapa abang nak kahwin dengan isteri abang ni".balas tony.
"Takdelah..sebab saya rase abang macam ada perempuan lain lah"kata susan.
"Apa awak ni,nanti abang buat betul-betul tahu lah awak".balas suami nya.
"Eh jangan lah,saya tanya je."kata susan.
"Awak tu selalu pikir bukan-bukan,selalu kita bergaduh sebabkan andaian awak ni".marah suami nya.
Susan marah begitu juga suami nya lalu mereka senyap apabila makanan yang dipesan sampai dimeja mereka.semenjak itu mereka bermasam muka sehingga lah habis makanan di pinggan.
"Dah jom"ajak tony.
Susan tidak berkata apa dan terus masuk ke dalam kereta,mungkin masih marah tentang pergaduhan mulut di kedai makan tadi.
Perjalanan mereka diteruskan.
"Awak,saya minta maaf sebab sakitkan hati awak dan mungkin terkasar bahasa".kata tony.
"Hmmm..yela"balas pendek dari susan.
Tony cuba memujuk isteri tercinta nya tapi tidak berjaya.Setelah satu jam mereka meneruskan perjalanan.kelibat sebuah kereta dihadapan dan belakang mereka.
Tony cuba melajukan kereta tetapi kereta didepan tidak memberi laluan.tony cuba perlahankan kereta mungkin kereta belakang boleh memotong kereta didepan mereka.apa yang dijangkakan menjadi lalu tony cuba  mengikuti kereta yang memotong itu.
rancangannya tidak berjaya apabila kereta di hadapan tu tak memberi laluan padanya malah melanggar keretanya..susan menjerit akibat terkejut begitu juga tony.kereta tersebut juga terhenti dihadapan mereka.
Tony melihat isterinya jika berlalu kecederaan.mereka bernasib baik hanya luka sedikit pada lengan masing-masing.tony melihat keluarnya tiga lelaki yang tidak dikenalinya menuju ke arah mereka.
"Kau buta ke?tak nampak kereta kat depan?"soal syafiq.
"Maaf bang,saya nampak tapi abang tu yang bawak kereta secara bahaya".jawap tony.
"Kau nak cakap yang kita orang tak pandai bawak kereta lah?"jerit ismail.
"Ehh bukan macam tu bang,abang bawak perlahan patutnya abang bagi saya potong kereta abang tapi abang halang saya dan sy tak sempat nak elak sampai jadi macam ni".balas nya lagi.
"Nasib baik takda tak teruk kereta aku ni"balas syafiq.
"Biar aku tolong tengok-tengokkan kereta kau,mana lah tau kalau-kalau ada apa-apa yang rosak"cadang syafiq memberi pertolongan.
Lalu mereka bertiga memeriksa mereka tony dan mendapati tayar kereta tony pancit.
"Tayar kereta kau pancit ni keluar la tengok".kata si ismail.
Lalu tony keluar dari kereta dalam keadaan takut dan sakit.
"Takpe saya ok,awak duduk dalam kereta ni ea jangan pergi mana-mana semuanya akan selamat"kata tony cuba memujuk isterinya yang sedang ketakutan.
"Abang hati-hati ok,saya takut."balas susan.
Tony memeriksa dan memang betul kata mereka tentang tayar keretanya.
"Jadi macam ni lah,apa kata kita orang betul kan kereta kau sebab kita orang ni bukan jahat pun."kata syafiq sambil ketawa.
"Ok terima kasih"balas tony sambil melihat susan.
Mereka menukar tayar sambil memandang ke arah susan.lalu salah seorang dari meraka menanyakan arah tujuan tony dan susan.
"Saya dari kampung bang,pindah ke bandar.."jawab tony.
"Ok dah siap,sekarang kita orang nak upah".kata syafiq.
"Eh..abang tak cakap pun pasal upah tadi,saya pun takda duit sekarang ni."balas tony.
"Kau nak buat kita orang marah ke?kau dah langgar lepas tu nak lari..macam tu?"jerit syafiq
"Bukan saya yang langgar abang..abang yang taknak bagi laluan."balas tony lagi.
Lalu syafiq menumbuk muka tony dan badan nya.
"Sekarang kau nak bayar ke taknak bayar?"soal syafiq.
"Ok tapi kita pergi ke pam minyak yang terdekat..sebab saya takda duit cash sekarang ni."balas tony.
"Ok kalau macam tu kau naik kereta aku".kata mereka
"Saya tak boleh tinggal kan kereta saya macam ni je".jawab tony.
"Kalau macam tu,aku naik kereta kau..kau naik kereta aku."kata syafiq
Tony melarang mereka dari menaiki kereta nya tetapi tony tidak berdaya kerana dipukul sekali lagi oleh khairul.syafiq dan ismail berlalu pergi menaiki kereta dia bersama susan.
"Pergi!!jangan dekat dengan aku!!"marah susan.
Mereka hanya ketawa dan kereta itu semakin jauh dari pandangan tony.sambil menangis tony cuba mengikut kata khairul.
"Kau ikut aku bawak kereta aku pergi jumpe isteri kau".kata khairul.
"Ok aku ikut cakap kau".balas tony.
Mereka pon berlalu dari situ sambil tony memandu mengikuti arah yang diberikan oleh khairul tetapi masih tidak melihat kelibat keretanya.
"Mana kau nak bawak aku ni?".soal tony.
"Jalan depan sikit..simpang depan belok kanan.."arah khairul.
"Tak..aku takkan masuk hutan tu.."marah tony.
"Kau nak masuk atau kau nak bini kau mati?"balas khairul sambil tersenyum sinis.
"Kau jangan risau la..setakat ni takda sapa yang mati".tambah nya lagi.
"Jadi ni bukan kali pertama la?.soal tony.
"Kau jangan banyak soal...berenti sekarang!!".jerit khairul.
Tony hentikan kereta yang dipandu nya.lalu khairul keluar dari kereta dan menarik tony sekali.
"Macam mana dengan isteri aku?"soal tony.
"Jangan risau..dia selamat"balas khairul.
Tony di belasah oleh khairul sehingga tony terbaring.khairul terus menaiki kereta dan berlalu pergi meninggalkan tony sendirian.
Setelah khairul barlalu pergi.tony cuba berdiri dan keluar dari hutan untuk mendapat kan bantuan.hampir 2km berjalan akhirnya tony terjumpa sebuah rumah.
Tony ketuk pintu berkali-kali dan menjerit meminta pertolongan.tidak lama selepas itu muncul wanita yang telah berumur buka pintu.
"Makcik!boleh saya pinjam telephone?"soal tony dengan cemas.
"Ya boleh..tunggu sebentar".balas wanita itu.
Tony segera mendapatkan telephone dan meminta bantuan.dan tiba-tiba tony terbaring tidak sedarkan diri.
"Encik dah sedar?..tunggu sebentar nya saya akan panggil doktor".kata jururawat.
Lalu dia meninggal kan tony dan mendapatkan doktor.setelah dirawat dan diperiksa.doktor keluar dan memanggil pegawai polis yang sedang menunggu.
Pegawai itu masuk ke dalam dan memulakan perbualan.."Selamat petang encik"..."panggil saya tony"sampuk tony..
"Selamat petang tony..saya mendapat aduan tentang panggilan yang dibuat oleh seorang warga tua di hujung kampung ini dan ianya berkenaan awak tony..boleh saya tahu apa sebenarnya yang terjadi"soal pegawai helmi.
Tony mula menangis teringat akan nasib yang menimpanya semalam.sambil memejamkan mata.tony cuba menerangkan apa yang terjadi kepada pegawai tersebut.
"Jadi boleh awak ikut kami sekarang untuk kami memulakan siasatan?.soal pengawai helmi.
"Ya..sudah tentu".balas tony.
Lalu tony bersiap dan menuju ke kereta pegawai tersebut dan mereka menuju ke tempat yang di arahkan tony.
"Jadi kita bermula dari rumah makcik yang membuat aduan ini..selepas itu awak tunjukkan saya arah ke tempat mereka tinggal kan awak".kata pegawai tersebut.
"Ok...terus dalam 1-2km... berhenti!!"jerit tony.
"Sini..sini.. saja keluar,didalam hutan ni saya ditinggalkan.."sambung nya lagi.
"Baiklah,jadi kita perlu berjalan kaki untuk masuk kedalam"balas pegawai helmi.
Perjalanan mereka mengambil 15min untuk ketempat yang dituju.setelah tiba tony mula menangis dan menjerit.pegawai helmi terkejut dan memberanikan diri untuk melihat tubuh yang tidak berbaju terbaring disitu.
"Maaf,isteri encik telah meninggal dunia.."berkata pegawai kepada tony lalu membuat aduan kepada ibu pejabat.
Tony hanya menangis mendengar kata kata pegawai helmi tersebut.siasatan dijalankan dan tony dibawa ke balai polis untuk diberi keterangan.
"Tony..isteri awak telah meninggal disebabkan retak pada tengkorak mungkin dipukul dengan kayu atau mungkin di hentak dengan kuat.selain itu mangsa juga dirogol.dan anak yang masih dalam kandungan juga mati."kata pegawai itu.
Tony terkejut.malah menangis semakin kuat.bukan sahaja isteri tersayang yang pergi meninggal kan nya.malah anak yang masih baru dua bulan dalam kandungan juga mati.tony tidak tahu tentang kandungan tersebut.
"Jadi berita baik nya adalah kami telah menjumpai cap jari pada kereta awak yang dicuri serta dibadan isteri awak...tetapi ada berita buruk..iaitu cuma terdapat dua cap jari  suspect saja dibadan isteri dan kereta awak."sambungnya lagi.
Tony hanya berdiam.pegawai helmi membuka pintu dan memanggil 5 orang suspect.
"Tony,tengok diaorang ni..tengok betul-betul dan ingat muka yang buat semua ni."kata helmi
Tony merenung dengan perlahan dan sayu.dia mengecam wajah lelaki yang di tengah.
"Dia!!dia yang bawa saya ke dalam hutan"balas tony.
4 orang suspect berlalu keluar dari bilik tersebut.hanya seorang lelaki yang berambut pendek muka sekitar 20-an yang tetap ditempat nya.
"Awak yakin ini orang nya?"soal helmi.
"Ya saya yakin..memang dia"jawab tony.
"Baiklah..mungkin dah tiba masa nya awak mengaku.."ugut helmi sambil mengacukan pistol ke arah khairul.
"Mengaku apa?saya tak buat apa-apa salah pun"balas khairul.
"Ohhh..mungkin kau dah lupa..jadi biar tony ingatkan balik apa yang dah jadi".ugut helmi lagi.
"Kau pura-pura tuduh kami yang langgar kau dan kau bawak aku ke dalam hutan..dua kawan kau lagi bawak isteri naik kereta aku".terang tony kepada pegawai dan khairul.
"Maaf tapi saya tak buat apa awak cakap kan tadi".balas khairul sambil memandang bawah.
"Jangan kau menipu.aku ingat muka dan suara kau!"jerit tony.
"Kami ada bukti atas perbuatan kau.selamat berseronok didalam penjara".sampuk helmi
"Jangan risau tony..khairul akan didakwa atas rekod yang terdahulu dan jenayah terhadap awk dan isteri..kami menangkap dia dan kawan dia yang bernama ismail sedang mabuk yang mungkin terlibat sekali dalam pembunuhan isteri awak.tetapi ismail telah mati ditembak ketika dia melarikan diri apabila kami cuba menangkapnya".terang helmi.
"Jadi cuma tinggal seorang lagi..syafiq ni mungkin menjadi leceh sedikit.kerana dia telah dibebaskan dua tahun lalu atas tuduhan yang sama kerana tiada bukti yang kukuh".sambungnya lagi.
Tony hanya mendengar keterangan dari pegawai helmi sambil mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.
"Saya ada cadangan.. jumpe saya esok di kedai makan di depan hotel yang awak sedang menginap".helmi membuka kata setelah lama menyepi.
"Ok saya akan datang"balas tony ringkas.
Keesokan hari nya,tony pergi tempat yang di janjikan.tony menunggu helmi.setelah 10min berlalu.tony disapa seorang lelaki.
"Maaf lambat,saya kurang sihat beberapa hari ni..jadi tentang semalam..apa yang saya cadangankan mungkin luar dari kuasa saya..awak sanggup lakukan?"terang helmi.
"Baiklah saya sanggup asalkan orang macam dia tak bebas dan hidup bahagia".balas tony.
"Baguslah kalau macam tu,saya guna pikirkan benda yang sama..saya dah penat tengok orang macam dia bebas dari keadilan".balas helmi
Mereka meneruskan perbincangan rancangan untuk membalas dendam.seperti yang dijanji kan,tony pergi ke tempat yang telah dirancang.
"Info yang saya dapat,malam ni syafiq akan berada di tempat ni untuk berseronok.jadi ini peluang kita".kata helmi.
"Ikut seperti yang dirancang".balasnya lagi.
Mereka menuju ke meja makan syafiq dan menarik secara paksa masuk ke dalam kereta pegawai helmi.mereka menuju ke tempat pembunuhan susan.setelah tiba.helmi mengheret syafiq menuju ke tempat kejadian.
"Ingat lagi tempat ni?"soal helmi.
"Tempat apa ni?maaf kau dah salah orang,aku tak tahu langsung tempat macam ni."balas syafiq
"Kau tak ingat?!aku ingat kau..aku baik kau mengaku sekarang!!"tegas tony.
"Aku dah cakap yang kau dah salah orang..aku bersimpati atas apa yang dah jadi kat isteri kau..tapi bukan aku yang buat".balas shafiq lagi.
"Hahaha..aku tahu kau takkan mengaku,jadi aku bawa kawan baik kau sekali.."berkata helmi sambil membawa khairul bersebelahan syafiq.
"Tony..pegang pistol ni dan kalau ada sesiapa yang bergerak..bunuh je dia"kata helmi kepada tony.
Lalu helmi pergi ke kereta nya untuk mengambil tali dan kayu untuk menyiksa mereka.sedang helmi mengambil barang.tony memaksa mereka untuk berterus terang.
"Mengaku cepat!.korang takkan terlepas.."marah tony.
"Kau tak mampu nak bunuh kitaorang..kau biarkan isteri kau mati..kau lemah"ejek syafiq.
"Apa kau cakap ni..kau nak mati ke?"balas khairul.
Lalu shafiq menyerang tony apabila tony mula leka akibat ejekan shafiq.lalu helmi bergegas ke arah tony dan mengambil pistol.helmi melepaskan tembakan ke arah khairul.
"Dia dah mati,maaf tapi aku terpaksa membunuh dia..aku harap kau paham".kata helmi
Tony mula menangis mengenang kan kata-kata shafiq tadi.
"Iya..aku paham..kalaulah aku tak lemah..isteri aku masih hidup sekarang".balas tony
Mereka terus mencari shafiq yang melarikan diri.tony pergi ke kediaman shafiq.secara perlahan dia mematikan enjin kereta dari jarak yang jauh lalu secara perlahan ke arah rumah shafiq.dia membuka pintu dan melihat shafiq sedang menyorok di situ.
"Jangan nak lari!aku takkan buat silap yang sama lagi"jerit tony.
"Tenang,apa yang kau nak?kau boleh bawak aku ke mahkamah..tapi kau tetap takkan menang".shafiq cuba melalaikan tony.
"Bagi tahu aku apa yang dah kau buat kat isteri aku!aku nak tahu macam mana kau seksa dia..macam mana kau rogol dia..apa yang dia cakap masa tu!!"marah tony.
"Okay-okay..aku ingat isteri kau,dia cantik tapi sayang dapat lelaki lemah macam kau"shafiq menghasut tony.
"Isteri kau tu menyusahkan.aku takda niat nak bunuh diam.tapi dia tak reti duduk diam..jadi aku terpaksa buat dia diam".kata shafiq lagi.
Lalu shafiq meluru ke arah tony lalu berlaku pergelutan antara mereka dan tony berjaya menembak shafiq tetapi tony juga telah ditusuk pisau akibat pergelutan itu.
Shafiq telah mati.tony cuba keluar dari rumah itu untuk mendapatkan bantuan.tony mati di luar rumah shafiq.

(Menutup buku)

"Hurmmmm"mengeluh susan.
Susan menghantar sms kepada suami nya.
"bila awak nak balik?awak selalu ke sana"kata susan.
"Saya sibuk dengan kerja sekarang...untuk kita juga.."balas suami nya
Haziq adalah suami kedua kepada susan setelah susan meminta cerai dari tony tiga tahun lalu.mereka tidak berhubung setelah itu.
Tetapi sejak kebelakangan ini fikiran nya kerap memikirkan tony iaitu bekas suaminya.dan lima hari yang lepas tony menghantar sebuah novel kepada susan.
"Ada bungkusan untuk puan"berkata izni iaitu pembantu peribadi susan.
"Siapa yang hanta?boleh tolong buka kan?"balas susan.
"Ianya dari tony,tak silap saya..dia bekas suami awak kan?terdapat nota juga disini"bertanya izni kepada susan.
"Saya dengar dia tu romantik dan baik tapi kenapa awak tinggal kan dia?"bertanya lagi izni kepada susan.
"Masa tu saya tidak berfikir panjang,kami kerap bertengkar kerana dia cuba menjadi penulis tetapi saya mahu kan dia bekerja tetap.dan dari itu lah saya berkenalan dengan suami saya sekarang yang lebih bergaya dan kacak.jadi sekarang saya menyesal tinggalkan dia..saya dah buat benda paling teruk dalam hidup saya.
"Boleh  awak bacakan nota tu"perintah susan.
"Susan..buku ini saya tuliskan setelah kita berpisah jadi ianya lain seperti perhubungan kita.saya mendaoat ilham dari awak..jadi saya harap awak berhak membacanya dahulu..disini saya sertakan salinan novel yang saya siapkan.dan saya sertakan no. phone dan email saya di bawah."nota tony.
Setelah itu.susan membaca novel itu dengan penuh tanda tanya.kenapa buku itu ditujukan kepadanya.kenapa setelah tiga tahun tidak berhubung baru kini dia muncul?
Kehidupan dengan suami barunya tidaklah seindah apa yang dipandang.suami nya yang jarang balik kerumah membuatkan hati nya kosong.dia tahu suami nya curang tetapi dia tak mampu berbuat apa-apa.mungkin kerana silap nya dahulu.
"Aku ada semuanya..kerjaya dan harta..sepatutnya akulah orang yang paling gembira didunia"katanya didalam hati.
Susan mencapai talifon nya dan menghantar sms kepada tony.
"Saya suka buku tu,bila kita boleh berjumpa?banyak yang saya ingin katakan"kata susan.
"Baguslah kalau awak suka..bila-bila kita boleh jumpa cakap saja dimana dan bila".balas tony.
Susan teringat kembali ketika mereka masih bersama.
"Sampai bila awak nak jadi macam ni?"soal susan.
"Apa maksud awak?bukan awak cakap dulu awak suka saya menulis?dan ini cita-cita saya..ini impian saya"balas tony.
"Tapi tengoklah kita sekarang..saya mahu hidup senang..dan kita cuma hidup macam ni  dan saya tak mampu.awak patut cari kerjaya yang lebih baik."balas susan
"Awak berjanji untuk bersama waktu susah dan senang..awak masih cinta kan saya?"soal tony.
"Bukan itu soalnya"balas susan.
"Awak tak menjawab soalan saya"kata tony.
Susan tidak menjawab dan hanya berlalu pergi meninggalkan tony.mereka telah bercerai setelah tony ternampak susan dan haziq bersama beberapa hari selepas kejadian itu.
Susan tersentak dari lamunan nya.jam di tangan telah menunjukkan pukul 8.30 malam.
dia telah berjanji dengan tony untuk makan malam bersama di kedai mewah pada pukul 9 malam.setelah lama menanti Susan melihat kembali jam ditangannya.10.15malam dan masih tidak ada kelibat tony di pintu kedai.
Susan tetap menunggu dengan penuh harapan.rindu,sayang,teruja serta pelbagai persoalan selama tidak berhubung apatah lagi tentang buku yang di karang oleh bekas suami nya itu yang menjadi persoalan utama susan.tetapi tidak juga muncul hingga ke akhirnya.